2 Mei 2025 (Jumaat) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengadakan lawatan ke Bangunan Annex, Jabatan Muzium Sarawak bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam pemuliharaan dan dokumentasi warisan budaya Melayu Sarawak.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said Pengurus Besar, AKYBMS, Puan Nancy binti Haji Jolhi, Pengarah, Jabatan Muzium Sarawak, Encik Iswandi bin Haji Junaidi, Ketua Bahagian, Pengurusan Warisan, Dr. Zakirah binti Mohamad Taufek, Seksyen Penerbitan dan Dokumentasi, Cik Zafirah binti Othman, Ketua Unit Penyelidikan dan Media, serta Encik Mohd Harith bin Heykal, Penolong Pegawai, Unit Penyelidikan dan Media.
Diharapkan kerjasama strategik antara Jabatan Muzium Sarawak dan AKYBMS ini akan menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memelihara, mendokumentasi, dan memartabatkan warisan budaya Melayu Sarawak demi tatapan serta manfaat generasi akan datang.