KUCHING, 10 April 2025 – Satu Mesyuarat Khas telah diadakan di Bilik Mesyuarat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi membincangkan pencalonan Hikayat Panglima Nikosa, yang diiktiraf sebagai novel Melayu pertama di dunia, untuk disenaraikan dalam daftar Memory of the World oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Dr. Sanib Said dan disertai oleh wakil-wakil daripada pelbagai institusi berkepentingan, antaranya:
• Encik Boniface ak Babai, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak JKKN
• Encik Muhammad Haji Ahim, JKKN
• Puan Norhaslina binti Hamzah, Jabatan Muzium Sarawak JMS
• Encik Aldrin John Hew, JMS
• Encik Mohammad Faisal bin Dawi, JMS
• Encik Izaruddin bin Moss, Pustaka Negeri Sarawak
• Dr. Sharifah Sophia binti Wan Ahmad, Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
• Cik Ani Hafiffy Anil Yakin, Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
• Cik Zafirah binti Othman, AKYBMS
• Encik Norazam bin Azni Shah, AKYBMS
• Encik Harith bin Heykal, AKYBMS
Mesyuarat ini merupakan langkah awal ke arah usaha pelestarian dan pengiktirafan warisan sastera Melayu yang bernilai tinggi di peringkat antarabangsa.
Selain itu, mesyuarat ini turut diadakan bagi mengeratkan hubungan antara institusi yang terlibat serta merancang kolaborasi strategik dalam usaha memelihara, mempromosikan dan mendokumentasikan warisan kesusasteraan Melayu, khususnya Hikayat Panglima Nikosa, sebagai khazanah budaya yang bernilai tinggi untuk generasi akan datang.