Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 N.17 Stakan & Majlis Penyerahan “ Outright Grant”

13 April 2025 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah dijemput menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 dan Majlis Penyerahan “Outright Grant” yang diadakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.17 Stakan, Samarahan. Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian serta Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Yang Berhormat Dato’ Fazzrudin Abdul Rahman.
Kemuncak majlis ialah penyampaian “Outright Grant” oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kepada penerima-penerima geran, termasuk Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Bagi pihak AKYBMS, geran tersebut telah diterima oleh Encik Amirul Akbar bin Osman.
Dua pegawai AKYBMS iaitu Encik Amirul Akbar bin Osman dan Encik Norazam bin Azni Shah turut hadir mewakili Pengurus Besar AKYBMS dalam majlis berkenaan. Kehadiran AKYBMS bukan sahaja sebagai penerima geran, malah turut mencerminkan sokongan berterusan terhadap inisiatif pembangunan masyarakat serta pengukuhan nilai-nilai kebudayaan Melayu Sarawak.

Kongsi berita ini