Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022

Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022 merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Acara yang sebelum ini dikenali sebagai Malam Puisi Panglima Nikosa bertujuan untuk memperingati sebuah novel oleh Ahmad Shawal, Hikayat Panglima Nikosa (HPN) yang merupakan novel Melayu pertama di dunia yang telah diterbitkan pada tahun 1876 di Kuching Sarawak.

Acara ini juga merupakan majlis khas yang diadakan sebagai penutup kepada wacana intelektual yang telah berlansung di sebelah siang iaitu Kolokium Novel Melayu Pertama di Dunia di Bilik Mesyuarat AKYBMS.

Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022 merupakan pentas khas pengumpulan pelbagai kumpulan rakan strategik AKYBMS, termasuk ahli profesional, penggiat sastera, penggiat budaya & warisan, kelab-kelab belia Melayu serta syarikat yang terlibat bersama AKYBMS.

Malam Kebudayaan Panglima Nikosa telah diadakan di Raia Hotel pada 21 Disember 2022. Pelbagai acara kebudayaan Jungkar Seni yang disusun khas untuk menambah seri dalam Malam Kebudayaan Panglima Nikosa 2022 seperti deklamasi sajak, lagu puisi dan dendangan syair. Acara ini sejajar dengan objektif teras AKYBMS iaitu menyemarakan warisan seni kebudayaan untuk membentuk bangsa Melayu Sarawak tanpa masalah sosial serta sejahtera di dunia dan di akhirat.

YBhg Datuk Haji Abdul Wahab bin Aziz, Ahli Lembaga Pemegang Amanah AKYBMS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan AKYBMS telah hadir dan merasmikan Malam Kebudyaan Penglima Nikosa 2022 ini.

Hadir sama, YBhg Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS yang turut menyampaikan syarahan ringkas berkaitan Hikayat Panglima Nikosa.

 

 

Kongsi berita ini