LAWATAN KHAS TAPAK PROJEK WISMA MELAYU, YB DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH BIN ALI HASAN

28 Mac 2024 (Khamis): Wisma Melayu Sarawak merupakan sebuah mercu tanda Melayu Sarawak yang telah diilhamkan oleh Allahyarham Pehin Sri Datuk Patinggi Dr. Adenan Satem selaku mantan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) AKYBMS.
Reka bentuk Wisma Melayu adalah inspirasi daripada busana Melayu iaitu tengkolok dan keriangkam. Simbol tengkolok ini sebagai citra mahkota ulung sejajar dengan misi dan visi AKYBMS.
Lawatan tapak yang dijalankan adalah untuk memberi gambaran yang jelas tentang status terkini projek yang sedang dijalankan dan juga menerima maklumbalas terus daripada penggerak projek.
Kenamaan yang hadir:
-YBhg. Datuk Haji Mohd Naroden bin Haji Majais,
Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, AKYBMS
-YBhg. Datu Haji Abdul Razak bin Tready,
Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah, AKYBMS
-YBhg. Datuk Hajjah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, AKYBMS
-YBhg. Datuk Dr. Haji Wahbi bin Haji Junaidi,
Ahli Lembaga Pemegang Amanah, AKYBMS
-YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said,
Pengurus Besar, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak

Kongsi berita ini