Lawatan ke Muzium Islam Sarawak dan Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawa

5 Februari 2025 (Rabu): Pihak Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan lawatan ke Muzium Islam Sarawak dan Perpustakaan Jabatan Muzium Sarawak bersama Encik Zareefe bin Jefnee, pelatih industri di AKYBMS.
Muzium Islam Sarawak yang kita kenali sekarang dahulunya merupakan sebuah sekolah Melayu yang dikenali sebagai “James Brooke Malay College”. Ia telah dibina pada era tahun 1930-an dan kemudian dikenali sebagai Madrasah Melayu Sarawak. Pada tahun 1992, sekolah ini diubah menjadi Muzium Islam Sarawak.
Kami berpeluang mendalami sejarah dan budaya di Muzium Islam serta memperluas pengetahuan melalui pelbagai sumber yang terdapat di perpustakaan. Satu pengalaman yang amat bermakna dan bermanfaat!

Kongsi berita ini