LATIHAN PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI JADI RASMI TYT YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK 2026

30 September 2026 (Rabu) – Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) meneruskan latihan perbarisan pada hari ini sebagai persediaan bagi menyertai Sambutan Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 10 Oktober 2026.
Latihan diteruskan bagi memperkemas pergerakan, meningkatkan keseragaman serta memantapkan disiplin dan koordinasi anggota kontinjen agar penyertaan AKYBMS dalam perbarisan tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Kongsi berita ini