KUNJUNGAN HORMAT SEMPENA PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH SARAWAK 2026

Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Pejabat YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Tingkat 17, Baitulmakmur II, Petra Jaya, sebagai sebahagian daripada persiapan menjelang Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026.
Rombongan kunjungan tersebut telah diketuai oleh Encik Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Sarawak, bersama Profesor Madya Dr. Mohamad Suhaidi B. Salleh dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Tuan Haji Syed Hossin bin Wan Hamit, Yang Dipertua Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS). Turut hadir Puan Tracy Evon, Ketua Seksyen Acara di Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP).
Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026 akan dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 29 hingga 30 September 2026 bertempat di Wisma Melayu Sarawak, Kuching.
Kunjungan hormat ini turut bertujuan untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada YB Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bagi menyempurnakan perasmian Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026.
Semoga penganjuran persidangan ini menjadi wadah penting dalam memperkasa penyelidikan, perkongsian ilmu serta pemahaman yang lebih mendalam terhadap sejarah dan warisan Sarawak.

Kongsi berita ini