KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA SETIAUSAHA PERSEKUTUAN SARAWAK
11 Mac 2022 (Jumaat)
Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) YBhg Datu Dr Haji Sanib bin Haji Said telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Persekutuan Sarawak iaitu Dato’ Amir bin Omar di Pejabat Setiausaha Perseketuan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar.
Gambar kenang-kenangan di Pejabat Setiausaha Persekutuan
Pertemuan yang berlansung selama satu jam tersebut telah memberi ruang kepada YBhg Datu Pengurus Besar menyampaikan aspirasu, visi dan misi AKYBMS dalam memartabatkan keunggulan bangsa Melayu Sarawak. Kedua-dua pihak juga berkongsi pendapat berkaitan dengan usaha yang boleh diambil secara kolektif dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada masyarakat seperti penganjuran program bersama.
Sebelum pulang, kedua belah pihak sempat bertukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dalam pertemuan ini. Pihak AKYBMS berharap akan sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan semua rakan kolaboratif bagi memantapkan lagi perjuangan untuk masyarakat Melayu Sarawak.
Cenderahati daripada kedua-dua belah pihak

Kongsi berita ini