KUCHING, 21 Ogos 2026 – Encik Daud bin Bujang dan Encik Ismet daripada Art of Wud telah mengadakan kunjungan hormat ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan mengadakan perbincangan bersama Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said.
Perbincangan tertumpu kepada Hikayat Panglima Nikosa serta usaha pembangunan komik dan animasi kartun Melayu Sarawak sebagai medium kreatif dalam memelihara, mempromosi dan menyebarluaskan warisan, sejarah serta budaya Melayu Sarawak kepada masyarakat.
AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Art of Wud atas kunjungan dan perkongsian idea yang bermanfaat. Semoga usaha sebegini dapat terus menyokong perkembangan industri kreatif Melayu Sarawak serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa hadapan.
Mari kita bersama-sama menyokong penggiat kreatif tempatan dalam mengangkat karya berteraskan warisan dan budaya Melayu Sarawak





