KUNJUNGAN HORMAT DELIGASI AKYBMS KEPADA LAKMNS

KUCHING – 12 OKTOBER 2021

Deligasi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) yang diketuai oleh YBhg Datu Dr Hj Sanib bin Hj Said telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Datuk Haji  Abang Abdul Wahap bin Haji Abang Julai pada 12 Oktober 2021.

Perjumpaan yang telah diadakan di Tingkat 8 Bangunan Baitalmakmur 1 itu turut dihadiri oleh beberapa orang pegawai daripada kedua-dua organisasi. Perkongsian maklumat berkaitan dengan pengurusan organisasi telah diadakan dalam usaha meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam menjalankan amanah kepada rakyat Sarawak.

  

Satu sesi taklimat khas telah diadakan berkaitan dengan pengendalian mesyuarat oleh Ketua Pegawai Jabatan Perundangan, Puan Siti Emiliana binti Mohamad Edmund yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengandalian mesyuarat pada masa akan datang. Kedua-dua pihak juga sempat bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.

Penyerahan Buku Bangsawan Sultan Tengah oleh Pengurus Besar AKYBMS

 

Penyerahan cenderamata oleh CEO LAKMNS

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak LAKMNS yang telah sudi untuk menerima kedatangan deligasi AKYBMS dan berkongsi ilmu yang sangat berguna pada masa akan datang. Semoga kerjasama yang erat akan terus terjalin antara kedua-dua belah pihak.

Kongsi berita ini