IHYA RAMADAN AKYBMS 1444H / 2023M @ Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang Ulu.

31 Mac 2023 (Jumaat), Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah jelajah Ihya Ramadan yang ketiga AKYBMS telah sampai ke lokasi sasaran iaitu di Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang Ulu. Penyerahan cek sumbangan yang telah disempurnakan oleh Datu Pengurus Besar, Datu Dr. Haji Sanib Bin Said kepada Al Fadhil Ustaz Azman bin Zen, Pengetua Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah.
Semoga sedikit sumbangan yang disalurkan ini dapat memberikan manfaat yang besar bagi perkembangan kegiatan tahfiz dan memperkuat kecintaan kita kepada Al-Quran. Aamiin.
Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan, semoga kita selalu diberikan keberkatan dan redha dari Allah SWT. Mohon maaf lahir dan batin atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kongsi berita ini