Ihya Ramadan AKYBMS 1444H / 2023M @ Kampung Taee, Serian, Sarawak

Sesi fotograsi bersama jemaah yang hadir ke majlis Ihya Ramadan di Kampung Taee, Serian
14 April 2023 (Jumaat): Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Alhamdulillah sempena pecutan 10 malam terakhir di bulan Ramadan, pasukan AKYBMS dan HIKMAH Serian telah mengadakan Ihya Ramadan bersama mualaf suku kaum Bidayuh di Kampung Taee, Serian.
Tujuan utama Program Ihya Ramadan di Kampung Taee, Serian adalah untuk berkongsi rezeki dengan penduduk yang memerlukan, terutamanya bagi penduduk beragama Islam yang merupakan kaum minoriti di kampung tersebut.

Penyerahan wakaf Al-Quran dan sedikit sumbangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama AKYBMS, Datuk Dr Haji Wahbi Bin Haji Junaidi telah diserahkan kepada Jawatankuasa Surau Mualaf, di Kampung Taee, Serian.
Semoga program Ihya Ramadan di Kampung Taee, Serian dapat memberikan manfaat dan keberkahan kepada semua yang terlibat, dan semoga kegiatan seperti ini dapat terus dilakukan untuk mengeratkan jalinan silaturahim antara umat Islam dan masyarakat lainnya di seluruh dunia.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadan yang akan datang. Tapi, andai ini Ramadan yang terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Engkau rahmati, jadikanlah Ramadan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang-Mu ya Allah…
Amiin… Ya Rabbal ‘Alamiin.

Kongsi berita ini