IHYA RAMADAN AKYBMS 1443H, SANTUNI WARGA ASNAF SERIAN

SERIAN, 12 April – Bertemakan cogan kata SAMAkasih, SAMArasa, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) memulakan jelajah Ihya Ramadan 1443H pada tahun ini dengan menyantuni warga asnaf di kawasan Serian iaitu Kampung Tanah Puteh, Kampung Sorak Melayu dan Kampung Hilir, Serian.
Para penerima dari Serian
Sebanyak lebih 66 bakul makanan telah diagihkan di tiga buah kampung terlibat dengan kerjasama organisasi pimpinan tempatan iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melalui Ketua Kaum masing-masing dan seterusnya akan dihantar kepada para asnaf yang telah dikenal pasti.
Kakitangan AKYBMS menyediakan sumbangan
Pihak AKYBMS berharap agar usaha kerdil ini sedikit sebanyak akan dapat merapatkan ukhwah antara saudara seagama serta menggembirakan golongan yang kurang berkemampuan.
Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT serta diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Kongsi berita ini