Nopeng Kinek: Budaya Melayu Dalam Realiti Baru

KUCHING: 23 Mei 2023
Terima kasih atas jemputan yang diberikan oleh Majlis Seni Sarawak untuk mengadakan persembahan kebudayaan sempena “Malam Budaya Sarawak” dalam Sambutan Minggu Perpaduan 2023 di Tebingan Sungai Kuching. Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) sangat berbesar hati untuk menghantar Badan Seni AKYBMS mengadakan persembahan tarian ‘Nopeng Kinek’, tarian ‘Astana Darul Hana’ dan Encik Muhammad Fauzan Iz’aan mendendangkan ‘Senandung Syair Negeri Santubong’ semalam.
Bidang kesenian yang lain seperti seni tari, seni silat, seni suara, seni rupa, seni bina dan seni hias yang bercirikan dan berasaskan budaya Melayu Sarawak mempunyai peranan dan tempat tersendiri dalam memberi identiti Melayu kepada bangsa Malaysia yang sudah banyak bertembung dan berinteraksi dengan dunia luar.
Encik Muhammad Fauzan Iz’aan mendendangkan ‘Senandung Syair Negeri Santubong’
Badan Seni AKYBMS mengadakan persembahan tarian
Kami dengan tulus hati berharap agar persembahan kami telah memberikan pengalaman yang mengagumkan kepada penonton dan menyumbang kepada semangat kebudayaan Sarawak.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Majlis Seni Sarawak dan semua yang terlibat dalam pengurusan acara ini kerana memberi kami peluang untuk berkongsi seni dan budaya Melayu dengan masyarakat Sarawak. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dalam masa depan untuk memperkukuhkan perpaduan dan kepelbagaian budaya di Sarawak.
Kami berharap agar semangat kebudayaan terus hidup dan berkembang di negara ini.

Kongsi berita ini