⚜️Berambeh ke Simunjan sempena Program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1445H/2024M, SAMAkasih, SAMArasa ⚜️

19 Mac 2024 (Selasa): Setiap kali tiba bulan puasa, telah menjadi amalan dan aktiviti tahunan bagi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk menyantuni golongan asnaf dalam siri jelajah Ihya Ramadan AKYBMS.
Pada siri kali ini, Bahagian Program Pendidikan dan Agama, AKYBMS telah menuju ke lokasi yang telah ditetapkan iaitu Kampung Gumpey dan Kampung Sageng, di Simunjan Sarawak bersama Puan Iszaliana binti Majelan, Cik Noralla binti Hamdan dan Encik Ahmad bin Hamdan.
Pasukan AKYBMS yang telah dipimpin oleh Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar dan mereka membawa sebanyak 70 bakul makanan untuk disalurkan kepada asnaf-asnaf di kedua-dua kampung tersebut.
Selain itu, warga AKYBMS turut menyeru agar semua umat Islam khususnya di Sarawak untuk meningkatkan amal ibadah lebih-lebih lagi di bulan puasa ini di samping mengeratkan hubungan sesama keluarga, saudara seagama dan masyarakat sekeliling agar dapat membentuk suasana kehidupan yang lebih baik.
Ps: Pada esok hari, AKYBMS akan menjalankan acara Simbolik Pelancaran (Flag-off) sempena dengan Program Ihya Ramadan AKYBMS 1445H/2024M bertempat di perkarangan masuk Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, Kuching. Insyallah

Kongsi berita ini