⚜️Acara Simbolik Pelancaran (Flag Off) sempena dengan Program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1445H / 2024M ⚜️

20 Mac 2024 (Rabu): Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan acara Simbolik Pelancaran (Flag-off) Program Ihya Ramadan AKYBMS 1445H/2024M bertempat di perkarangan masuk Wisma Sumber Alam, Petra Jaya.
Acara ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak.
YBhg. Datuk Haji Abdul Razak bin Mohd Tready, Setiausaha dan Pengerusi Jawatankuasa Perundangan dan YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar, AKYBMS bersama-sama dengan Datuk Amar telah mengibarkan bendera Sarawak sekali gus menyaksikan perarakan mini kenderaan yang turut membawa sebahagian sumbangan berupa makanan asas dan beras (bakul makanan) yang akan diagihkan kepada asnaf di kawasan sasaran.
Datu Dr. Haji Sanib telah menyatakan bahawa, “diharapkan agar sumbangan AKYBMS untuk program Ihya’ Ramadan ini dapat membantu meringankan beban golongan asnaf terutamanya semasa bulan Ramadan”.
Antara kawasan dan kampung yang terpilih untuk menjadi lokasi program ini adalah:
1⃣ 19 Mac 2024 (Selasa)
Tempat 1: Kampung Gumpey, Simunjan, Sarawak
Tempat 2: Kampung Sageng, Simunjan
2⃣ 20 Mac 2024 (Rabu)
Tempat 1: Kampung Gita Laut, Kuching
Tempat 2: Kampung Kudey, Kuching
3⃣21 Mac 2024
Tempat 1: Maahad Tahfiz Raudahtul Jannah, Kampung Selang Ulu, Kuching
Tempat 2: Bandar Baru Samariang, Kuching
Ps: Terima kasih kepada semua yang telah membantu AKYBMS sama ada secara lansung atau tidak lansung.
Sila ikuti Facebook rasmi: facebook/akybms
Tiktok: @budayamelayusarawak

Kongsi berita ini