⚜️ Ihya’ Ramadan AKYBMS 1445H/2024M di Maahad Tahfiz, Raudahtul Jannah, Kampung Selang Ulu, Kuching dan Bandar Baru, Samariang, Kuching⚜️

21 Mac 2024 (Khamis): Alhamdulilah, dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, misi terakhir untuk Pasukan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dalam menjalani program Ihya’ Ramadan AKYBMS 1445H/ 2024M di Maahad Tahfiz, Raudahtul Jannah, Kampung Selang Ulu, Kuching dan Bandar Baru Samariang, Kuching telah berjalan dengan lancar.
Pasukan AKYBMS yang telah dipimpin oleh Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar telah membawa sebanyak (35) buah bakul makanan untuk disalurkan kepada asnaf-asnaf di Bandar Baru, Samariang dan juga sumbangan khas berbentuk wang tunai untuk penuntut di Maahad Tahfiz, Raudahtul Jannah, Kampung Selang Ulu, Kuching.
Turut hadir, Encik Mohamad Hiedil bin Maria, Encik Amirul Rashid bin Abdullah, Encik Ahmad bin Hamdan dan Encik Abg Saiful Annuar Abg Morsidi.
Oleh itu, kami dari persatuan AKYBMS ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat sama ada secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan program ini.
Semoga kita diberikan kesempatan dan peluang untuk menjadi insan yang baik pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari.

Kongsi berita ini