⚜️Majlis SAMArindok Aidilfitri AKYBMS 2026⚜️

Alhamdulillah, Majlis SAMArindok Aidilfitri AKYBMS 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 15 April 2026 di perkarangan Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar AKYBMS, Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, yang turut memperkenalkan sebuah lagu ciptaan beliau berjudul Cinta Nota Kaki. Majlis ini turut […]
⚜️ MAJLIS BACAAN YASSIN & SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN ⚜️

10 April 2026 — Majlis Bacaan Yassin AKYBMS telah berlangsung di Bilik Mesyuarat AKYBMS pada jam 9.30 pagi. Majlis tersebut dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, serta disertai oleh seluruh kakitangan AKYBMS sebagai pengisian rohani yang menekankan kepentingan menjaga amanah dalam setiap bidang pekerjaan sebagai masyarakat Melayu Islam yang […]
⚜️ SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ⚜️

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke-73 kepada YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said. Aamiin Allahumma Aamiin
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H | 2026M ✨

Dengan penuh kesyukuran dan keinsafan, seluruh warga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan kita semua. Maaf zahir dan batin. Ikhlas daripada Seluruh Warga AKYBMS #akybms
⚜️JEMPUTAN CERAMAH DI IKMAS⚜️

16 Mac 2026 (Isnin) | Auditorium Al-Wadi, IKMAS Satu program ceramah telah diadakan oleh Cawangan Pendaftar melalui Seksyen Perpustakaan IKMAS menerusi penganjuran Bicara Buku Melayu Sarawak: Sejarah Yang Hilang. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha menyokong Dekad Membaca Kebangsaan (DMK 2021–2030) peringkat IKMAS. Program ini menampilkan YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Said, Pengurus Besar […]
⚜️Tinjauan Tapak Wisma Melayu Sarawak⚜️

KUCHING, 9 Mac — Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II serta Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah mengadakan satu lawatan khas ke tapak projek Wisma Melayu Sarawak bagi […]
Salam Nuzul Al-Quran 1447H

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam. Semoga peristiwa agung ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran sebagai panduan hidup, sumber ilmu dan cahaya petunjuk dalam kehidupan. “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.” (Surah al-‘Alaq: 1) Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk […]
⚜️Majlis Bacaan Yassin AKYBMS⚜️

Tarikh: 6 Mac 2026 (Jumaat) Masa: 9.00 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Alhamdulillah, Majlis bacaan Yassin dan doa yang telah dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap bidang pekerjaan kita. Terima kasih […]
⚜️ SUKARELAWAN AKYBMS ⚜️

(Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak) Adakah anda sedang mencari peluang untuk menyumbang kepada komuniti Melayu Sarawak? Adakah anda bersemangat untuk membantu sesama insan, mencipta perubahan positif, dan memperkukuh warisan budaya kita? Jika ya, inilah masanya untuk anda bersama kami sebagai Sukarelawan AKYBMS – satu inisiatif yang memupuk semangat kebersamaan, memperkasakan nilai budaya, dan menjunjung […]
⚜️ Majlis SAMAsungkey 2026 & SAMAhaul Rosli Dhobie Ke-76 ⚜️

1 Mac 2026 (Ahad): Alhamdulillah, Majlis SAMAsungkey 2026 dan SAMAhaul Rosli Dhobie ke-76 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan suasana ukhwah yang erat, menghimpunkan para jemputan kehormat, tetamu undangan, pelajar serta warga komuniti dalam satu majlis yang bermakna. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato Sri Haji Mohd Naroden Majais, Ahli Lembaga Amanah […]