10 April 2026 — Majlis Bacaan Yassin AKYBMS telah berlangsung di Bilik Mesyuarat AKYBMS pada jam 9.30 pagi. Majlis tersebut dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, serta disertai oleh seluruh kakitangan AKYBMS sebagai pengisian rohani yang menekankan kepentingan menjaga amanah dalam setiap bidang pekerjaan sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara.
Seiring dengan pengisian rohani tersebut, sambutan ulang tahun kelahiran turut diadakan sebagai manifestasi penghargaan terhadap jasa dan komitmen kakitangan AKYBMS. Sebagai tanda penghargaan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan secara tradisi menyediakan kek pulut kuning dalam setiap mesyuarat bulanan bagi meraikan kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran. Pada kesempatan ini, ucapan selamat ulang tahun kelahiran ditujukan kepada:
Semoga dikurniakan usia yang panjang serta kesihatan yang berpanjangan. Aamiin Allahumma Aamiin.





