kunjungan silaturahim ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS)

KUCHING, 27 Ogos 2026 – Sekretariat Syeikh Jumadil Kubra (SSJK) telah mengadakan kunjungan silaturahim ke Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) serta mengadakan perbincangan bersama Pengurus Besar AKYBMS, Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said. Perbincangan tertumpu kepada sejarah dan salasilah kesultanan di Nusantara, termasuk dapatan terkini berkaitan salasilah awal Kesultanan Brunei yang berpotensi […]

Kursus Protokol, Etiket dan Pengurusan Majlis Rasmi

KUCHING, 27 Ogos 2026 – Kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menghadiri Kursus Protokol, Etiket dan Pengurusan Majlis Rasmi yang dianjurkan dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak pada 26 hingga 27 Ogos 2026. Kursus yang dikendalikan oleh Encik Azmi Shahrin ini bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran warga kerja AKYBMS dalam […]

NOTIS PERTUKARAN ALAMAT PEJABAT AKYBMS

Dimaklumkan bahawa Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) kini beroperasi di alamat baharu seperti berikut: Wisma Melayu Sarawak Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. Sehubungan itu, semua urusan rasmi termasuk surat-menyurat, penghantaran dokumen dan kunjungan rasmi hendaklah menggunakan alamat baharu tersebut. Telefon: 082-239 460 Faks: 082-255 731 Urusan rasmi: +60 […]

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati sunnah dan akhlak mulia Baginda sebagai panduan dalam kehidupan. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi inspirasi untuk kita […]

KENYATAAN MEDIA PENANGGUHAN PROGRAM SUSULAN KEADAAN JEREBU

KUCHING, 24 Ogos 2026 – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) memaklumkan bahawa dua program yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat telah ditangguhkan susulan keadaan jerebu semasa, dengan mengambil kira aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan para peserta, petugas serta orang awam. Program yang terlibat adalah seperti berikut: 1. SAMArindok Persembahan Kebudayaan Melayu Sarawak 2026 […]

✨ Tempahan Dewan Wisma Melayu Sarawak kini dibuka! ✨

Mencari lokasi yang sesuai untuk majlis perkahwinan, seminar, graduasi atau acara istimewa anda? Wisma Melayu Sarawak menawarkan pakej dewan yang lengkap dengan kemudahan moden, ruang yang selesa serta harga promosi yang menarik. Pakej Perkahwinan Pakej Graduasi Pakej Seminar & Korporat Hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej, harga promosi dan kekosongan tarikh. Untuk pertanyaan […]

PERSIDANGAN ANTARABANGSA HIKAYAT PANGLIMA NIKOSA 2026

Bersempena Perayaan Jubli 150 Tahun Novel Melayu Pertama Diketahui di Dunia, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dengan kerjasama rakan strategik, Pustaka Negeri Sarawak dan Kursi Nusantara, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Hikayat Panglima Nikosa 2026. Persidangan ini bakal menghimpunkan sarjana, penyelidik dan penggiat bidang sejarah, bahasa serta kesusasteraan Melayu dari […]

KARNIVAL PERPADUAN STAKAN 2026

Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan membuat persembahan di Karnival Perpaduan Stakan 2026 yang akan berlangsung di: Pusat Komersial Uni Central, Kota Samarahan 28 & 29 Ogos 2026 8.00 malamAKYBMS akan menampilkan pelbagai persembahan seni dan budaya Melayu Sarawak, antaranya tarian, silat, lagu Melayu asli, syair, sajak serta gendang Melayu Sarawak.Ayuh hadir beramai-ramai untuk menyaksikan keunikan […]

⚜️Sesi Penilaian Calon Panel Dewan Wisma Melayu Sarawak⚜️

KUCHING, 13 Ogos 2026 – Satu sesi temuduga dan penilaian bagi pemilihan calon-calon panel perkhidmatan Dewan Wisma Melayu Sarawak telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Wisma Melayu Sarawak. Sesi ini melibatkan tiga kategori perkhidmatan utama, iaitu audiovisual dan pencahayaan (lighting), katering, serta pelamin dan dekorasi. Seramai 15 orang kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya […]

⚜️Mesyuarat Penyelarasan Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak dan Majlis Syarahan Negarawan 2026⚜️

KUCHING, 13 Ogos 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak dan Majlis Syarahan Negarawan 2026 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma Melayu Sarawak bagi membincangkan persiapan serta penyelarasan pelaksanaan kedua-dua program berkenaan. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Sukri bin Haji Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara […]