Artis Badan Seni AKYBMS telah membuat persembahan tarian Melayu Sarawak di Pentas Kesenian Majlis Seni Sarawak (MSS) sempena Kuching Waterfront Festival 2026 pada 23 Oktober 2026.
Malam Budaya Se-Borneo ini turut dimeriahkan dengan persembahan pelbagai etnik yang mengetengahkan keunikan seni tari, muzik dan warisan budaya masing-masing.
Terima kasih kepada Majlis Seni Sarawak atas peluang yang diberikan kepada Artis Badan Seni AKYBMS untuk bersama-sama memeriahkan acara ini serta menyokong usaha memartabatkan seni dan budaya tempatan.





