RAPTAI PENUH HARI PERBARISAN

KUCHING, 8 Oktober 2026 – Kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menghadiri raptai penuh di Padang Merdeka, Kuching sebagai persediaan akhir menjelang Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80 pada Sabtu, 10 Oktober 2026.
Raptai penuh ini dilaksanakan mengikut atur cara dan perjalanan sebenar istiadat bagi memastikan setiap kontinjen bersedia dari segi pergerakan, penyelarasan serta pematuhan kepada prosedur yang telah ditetapkan.
Kontinjen AKYBMS terus menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi sepanjang raptai sebagai persediaan terakhir bagi memastikan penyertaan pada hari istiadat berlangsung dengan lancar, teratur dan penuh semangat

Kongsi berita ini