RAPTAI PERBARISAN HARI KEDUA

KUCHING, 7 Oktober 2026 – Persiapan kontinjen Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) diteruskan menerusi raptai perbarisan hari kedua di Padang Merdeka, Kuching.
Setiap anggota kontinjen terus memberikan tumpuan dalam memperkemas langkah, kedudukan dan keselarasan pasukan sebagai persediaan menghadapi Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Bersempena dengan Sambutan Perayaan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Ke-80 pada Sabtu, 10 Oktober 2026.
Semakin hampir menuju hari istiadat, semangat dan komitmen kontinjen AKYBMS terus diperkukuh bagi memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar dan teratur

Kongsi berita ini