⚜️ ULANG TAHUN KELAHIRAN KAKITANGAN AKYBMS & MAJLIS PERPISAHAN PELATIH INDUSTRI⚜️

10 Oktober 2025 (Jumaat) – Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan warga kerja, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan AKYBMS mengekalkan tradisi meraikan ulang tahun kelahiran kakitangan melalui penyediaan kek pulut kuning pada setiap mesyuarat bulanan. Tradisi ini melambangkan rasa kesyukuran serta penghargaan kepada kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada bulan Oktober:
1. Puan Iszaliana binti Majelan @ Mazlan
2. Encik Ahmad bin Hamdan
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang berpanjangan serta kebahagiaan yang berterusan. Aamiin Allahumma Aamiin. ✨
Majlis turut dimeriahkan dengan Majlis Perpisahan Pelatih Industri sebagai tanda penghargaan kepada tiga orang pelatih yang telah menamatkan tempoh latihan mereka, iaitu Cik NurAdzleen Natasha binti Abdul Razak, Cik Nur Faqihah Nabila binti Egmal, dan Cik Nur Qistina binti Narzu.
Pihak AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan, dedikasi serta komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan. Semoga segala pengalaman yang diperoleh menjadi panduan dan bekalan berharga dalam menempuh alam kerjaya yang lebih luas dan mencabar pada masa hadapan.

Kongsi berita ini