28 Julai 2025 – Satu sesi pembentangan buku bertajuk Negeri Santubong: Sejarah Awal Sarawak, 300ESS–1647ES telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS). Pembentangan ini telah disampaikan oleh Cik Nur Faqihah Nabila binti Egmal, Cik Nur Qistina binti Narzu, dan Cik Nuradzleen Natasha binti Abdul Razak, iaitu pelajar latihan industri AKYBMS dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Sesi ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar AKYBMS, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha para pelajar dalam mengetengahkan aspek sejarah awal Sarawak melalui kajian akademik yang bernilai dan bermakna.
Turut hadir memberikan sokongan ialah tiga orang kakitangan AKYBMS dari Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS, iaitu Cik Zafirah binti Othman, Encik Harith bin Heykal, dan Encik Norazam bin Azni Shah. Kehadiran mereka turut menyumbang pandangan serta maklum balas yang membina terhadap kandungan pembentangan.