Alhamdulillah, persembahan Teater Tari Kembara Datu Marapati: Raja Negeri Santubong telah berjaya berlangsung dengan sambutan hangat daripada para penonton yang membanjiri Godown Amphitheater, Tebingan Sungai Kuching malam tadi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh barisan pelakon, penari, pemuzik, kru produksi dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pementasan ini. Komitmen, bakat, dan semangat kalian telah menghidupkan kembali warisan seni dan puisi Melayu tradisional dengan penuh jiwa dan rasa.
Terima kasih juga kepada semua penonton yang hadir dan memberi sokongan. Anda adalah nadi semangat budaya kita!