27 November 2024 (Rabu): Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan daripada saudara Afiq Zikri, seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek teras beliau yang memfokuskan kepada budaya Melayu Sarawak. Dalam sesi ini, saudara Afiq telah mengadakan temu bual video bersama Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS. Beberapa topik menarik telah dibincangkan, termasuk adat perkahwinan, kepercayaan tradisional, dan perayaan masyarakat Melayu Sarawak.
Antara sumber rujukan yang telah diketengahkan oleh pihak AKYBMS kepada saudara Afiq Zikri adalah buku Negeri Santubong (300ESS – 1674ES), Warisan Melayu Sarawak, terbitan AYBMS, Buku Adat Pernikahan Melayu Sarawak, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak dan Suatu Hari di Hari Raya-Nostalgia di Kampung Sungei Bedil Besar pada era 1960-an. Kuching, penulisan Dr. Kamil Salem.
Pihak AKYBMS mengucapkan terima kasih kepada saudara Afiq Zikri kerana memilih kami sebagai rujukan utama dalam kajiannya. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat dan memperkukuhkan lagi kefahaman mengenai budaya Melayu Sarawak.