6 Julai 2023:Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) telah mengunjungi YBhg. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak
Lawatan ke Yayasan Sarawak ini adalah bertujuan untuk mendedahkan tentang penerbitan buku-buku AKYBMS. AKYBMS adalah sebuah entiti yang bertanggungjawab memajukan budaya, kesenian, sejarah dan warisan di Sarawak.
Selain itu, kami turut membincangkan potensi kerjasama antara AKYBMS dan Yayasan Sarawak. kerjasama ini merangkumi ruang lingkup penyelidikan dan penerbitan secara kolaboratif yang berorientasi kolektif dalam mengadakan program mampan seperti program Pendidikan, kebudayaan dan pameran kerjaya serta aktiviti lain yang bertujuan untuk menyebarkan kesedaran tentang kekayaan warisan budaya di Sarawak.
Kunjungan tersebut diharap dapat memberi peluang kepada AKYBMS untuk berkongsi visi dan matlamat organisasi ini dalam melaksanakan kajian penyelidikan dan penerbitan buku yang memfokuskan khazanah ilmu pengetahuan tentang Sarawak.