Latar Belakang
- Usaha melestarikan seni dan budaya Melayu Sarawak melalui persembahan kebudayaan pentas dapat memberikan pendedahan secara langsung kepada audiens terutamanya generasi muda masa kini untuk memahami estetika unggul nuansa seni bangsa Melayu Sarawak khususnya.
- Tandak Melayu satu warisan yang yang melambang ketinggian seni Tamadun Melayu.
- Program ini juga selaras dengan Pelan Strategik AKYBMS 2015 – 2035 dalam teras Agama dan Budaya iaitu dalam usaha memperteguh identiti Melayu Sarawak dan penjenamaan kebudayaan yang positif.
Objektif
- Untuk meningkatkan visibility masyarakat Melayu melalui seni budaya.
- Memelihara dan menghidupkan semula seni tarian atau tandak Melayu yang dipersembahan pentas Melayu Sarawak.
- Menyemai minat dan kebanggaan kepada generasi muda tentang seni-budaya kita yang unggul sekali gus menonjolkan identiti dan jati diri Melayu Sarawak dalam kalangan masyarakat.
- Menjalinkan hubungan muhibbah bersama masyarakat tempatan.
Sasaran
- Masyarakat Melayu veteran tempatan dan generasi muda Melayu Sarawak.
- Para pelajar sekolah, pelajar universiti, penyelidik budaya dan sosial
- Masyarakat umum pelbagai kaum.
- Pelancong dalam dan luar negeri.
- Media Massa