Latar Belakang
- Memperingati Novel Melayu pertama di dunia yang telah dikarang oleh anak Melayu Sarawak iaitu Ahmad Syawal pada tahun 1870 yang berjudul “Hikayat Panglima Nikosa Mendapat Kesusahan Ketika Perang Sebelum Mendapat Kesenangan”.
- Selaras dengan Pelan Strategik AKYBMS 2015 – 2035 dalam teras Agama dan Budaya iaitu dalam usaha memperteguh identiti Melayu Sarawak dan proses penjenamaan kebudayaan yang positif.
- Platform menghimpunkan para seniman, karyawan dan aktivis Melayu pelbagai bidang seperti sastera, muzik, filem, tarian dan sebagainya.
Objektif
- Pelaksanaan ke arah mencapai salah satu objektif dalam teras Agama dan Budaya Pelan Strategik Melayu Sarawak (PSMS) 2035.
- Meraikan seniman, karyawan dan aktivis budaya Melayu Sarawak melalui platform AKYBMS.
- Menggalakkan pendekatan baharu untuk membudayakan kegiatan seni pengucapan sastera sekali gus menarik minat generasi muda terutamanya belia Melayu Sarawak melalui gabungan seni muzik.
- Merapatkan ukhwah antara perserta yang terlibat sempena sambutan tahun baharu.
Sasaran
- Belia Melayu Sarawak
- Pemuzik Jalanan
- Pelajar sekolah
- Pelajar universiti
- Aktivis Seni-budaya