Latar Belakang
- Orientasi keagamaan dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya amat penting yakni sebagai manifestasi kolektiviti Melayu Sarawak dalam menghayati apa-apa acara keagamaan mahupun peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam serta bulan-bulan mulia.
- Menjadi tunjang kepada proses pembentukan jati diri, nilai-nilai Islami, penggalian suri teladan sahsiah dan pemerkasaan rohaniah melalui pemurnian makna daripada sirah dan sejarah.
Objektif
- Pelaksanaan ke arah mencapai salah satu objektif dalam teras agama Pelan Strategik Melayu Sarawak 2035 (PSMS 2035).
- Memperteguh penghayatan Islam dan identiti Melayu Sarawak.
- Menyebarluas nilai-nilai Islam melalui aktiviti-aktivi keagamaan.
- Menjalin ukhwah bersama masyarakat tempatan.
Sasaran
- Masyarakat Melayu tempatan sekitar.
- Generasi muda Melayu Sarawak.
- Musafir Muslim yang kurang berkemampuan.
- Wakil Ketua Masyarakat umum pelbagai kaum.
- Kakitangan dan ahli keluarga AKYBMS.
Pengisian
- SAMAceramah Syarahan Rosli Dhoby dan Rukun 13
- Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1440H
- Ihya’ Ramadan AKYBMS 1440H
- SAMArindok Aidil Adha 1440H
- Majlis Sambutan Awal Muharam 1441H