Terbitan buku ini adalah mengenai budaya dan jejak warisan Melayu Sarawak yang merupakan salah satu bangsa majoriti di Sarawak serta mempunyai keunikan tersendiri dalam menjalani kehidupan seharian. Sejarah dan Budaya Melayu, Bahasa dan Persuratan, Agama dan Pendidikan, Iktisad, Adat Resam Seni Masakan, Busana, Kearifan Tempatan, Hiburan, Silat dan Riadah serta Penutup di Sarawak didokumentasi dalam buku ini.