MESYUARAT AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH AKYBMS BIL. 1/2025

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Bil. 1/2025 telah diadakan pada 3 Julai 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 12, Wisma Sumber Alam. Mesyuarat pada hari ini telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Almarhumah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, isteri kepada Premier […]

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK KUCHING BERHAD 2025

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak Kuching Berhad (KOPAK) bagi tahun 2025 telah diadakan pada 30 Jun 2025 (Isnin) dari pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang secara bersemuka. Pihak KOPAK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota KOPAK yang hadir beramai-ramai ke mesyuarat ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, […]

Sekalung Penghargaan

Sekalung penghargaan dan lafaz terima kasih kepada para penulis yang telah menyumbang artikel untuk KEPULAUAN: Jurnal Antarabangsa Pengajian Kepulauan Melayu Vol. 5 No. 01 (2025), iaitu: Dr. Hamidah Abdul Wahab Puan Rosnah binti Mustafa Puan Siti Marina Kamil Dr. Sara Beden Dr. Hamrila binti Abdul Latif Encik Shamsul Ariff Abdul Malek Dr. Mahirah Masdin Dr. […]

SEMINAR BATANG LUPAR DALAM LIPATAN SEJARAH SARAWAK

26 Jun 2025 (Khamis): Antara aksi dan gelagat Encik Iswandi bin Haji Junaidi, Kurator dan Ketua Bahagian Pengurusan Warisan Jabatan Muzium Sarawak, yang sempat dirakam di atas pentas ketika menyampaikan ceramah bertajuk “Batang Lupar Dalam Lipatan Sejarah Sarawak” dalam seminar anjuran UNIMAS bertempat di Auditorium PUSTAKA Sarawak pada Khamis lalu. Dalam ceramah tersebut, beliau mengetengahkan […]

Salam Maal Hijrah dan Awal Muharram1447H

Semoga tahun baharu ini membawa sinar perubahan, ketenangan jiwa dan keberkatan hidup. Mari kita berhijrah menuju kebaikan, bersama memperkukuh iman dan ukhwah. #MaalHijrah1447H #HijrahMenujuRedha #TahunBaruIslam

Sesi Rakaman temubual eksklusif Pengurus Besar

Hari ini, TVS telah hadir ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) bagi menjalankan sesi temubual eksklusif bersama Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said dan Encik Khalid bin Chek berkenaan warisan dastar Melayu Sarawak yang penuh nilai sejarah dan budaya. Temubual ini bakal disiarkan dalam rancangan Edisi Khas TVS, menampilkan perbincangan mendalam […]

Astana: Simbol Warisan dan Kedaulatan

Kuching, 25 Jun 2025 (Rabu) – YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah menyampaikan ceramah dalam Seminar Asal Usul Astana dalam Masyarakat Dahulu yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program ini telah diadakan di Islamic […]

Program SAMAsedia Siri II 2025 Sebuyau

21 Jun 2025 – Barisan kepimpinan belia perlu diperkukuh sejak awal bagi melahirkan pemimpin akar umbi yang berwibawa dan berdaya saing. Sehubungan itu, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak AKYBMS telah menganjurkan Program SAMAsedia Siri II 2025 pada 20 hingga 21 Jun 2025 bertempat di Dewan Serbaguna PNK Sebuyau. Program ini melibatkan penyertaan pelajar Sekolah […]

Ensemble Melayu Sarawak 2025

Ensemble Melayu Sarawak dengan jayanya telah mempersembahkan keindahan muzik tradisional Melayu Sarawak pada 22 Jun 2025 di Rumah Iban, Kampung Budaya Sarawak, Kuching sempena Rainforest World Music Festival (RWMF) 2025. Persembahan ini bukan sahaja menghidangkan irama yang memukau, tetapi juga interaktif dan penuh semangat. Para penonton turut bersuka ria menari dan menyanyi bersama pemuzik Ensemble, […]

SALAM TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita dan hiba, seluruh warga Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) merakamkan ucapan takziah kepada: YANG AMAT BERHORMAT PREMIER SARAWAK di atas pemergian isteri tercinta, PUAN SRI DATUK AMAR HAJJAH JUMA’ANI TUANKU HAJI BUJANG pada 23 Jun 2025 bersamaan 26 Zulhijjah 1446H. Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada […]