JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK: ⭐Zikir Al-Burdah ⭐

Zikir Al-Burdah merupakan persembahan qasidah yang ditulis oleh penyair Sufi Busiri (608H – 696H): melalui tradisi kesusasteraan Arab. Ia merupakan lantunan zikir yang memuji keperibadian Nabi Muhammad SAW, dan permohonan keampunan hamba kepada Allah SWT Ia dibawa oleh seorang pendakwah Sheikh Haji Abd Karim dari Semenanjung Tanah Arab.Beliau telah bergiat dalam menyebarkan ajaran agama Islam […]

JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK ⭐Pendidikan Orang Islam dan Melayu di Sarawak ⭐

Pendidikan Islam pada abad ke-18 di Sarawak lebih berpusat di masjid dan surau. Kemudian berubah kepada institusi pendidikan formal walaupun bukan di bawah kawalan pemerintah. Di Sarawak secara amnya, wacana pendidikan terlihat dalam empat bentuk: Kelas oleh orang besar dan kenamaan (Istana atau rumah pembesar); Kuliah oleh tokoh ulama Sarawak seperti Datu Hakim Asaari dan […]

JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK ⭐Jom kita bertanjak⭐

Tanjak dikenali sebagai tengkolok, destar dan setanjak merupakan sejenis perhiasan kepala Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tanjak diperbuat daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya yang tertentu. Tanjak sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu seperti seni silat, upacara majlis berlulut dan juga majlis […]

JEJAK WARISAN MELAYU SARAWAK: Jom kita berkeringkam

Keringkam merupakan seni sulaman emas tradisional yang menjadi kebanggaan wanita Melayu Sarawak. Selayah keringkam pada masa dahulu juga digunakan oleh kaum wanita di Majlis perkahwinan dan persandingan. Selayah keringkam dipadankan dengan kain songket dan kebaya labuh menjadikan pengantin perempuan kelihatan berseri-seri. Corak bunga yang terdapat pada selayah keringkam pengantin juga menunjukkan status pengantin perempuan yang […]

MESYUARAT PENYELARASAN ENSEMBLE MELAYU NUSANTARA OLEH AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK

13 Mei 2024 (Isnin): Laporan Kemajuan Program Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk ENSEMBLE Melayu Nusantara di Rainforest World Music Festival 2024 telah dijalankan di pejabat AKYBMS dengan baik. Semoga persembahan pada 28 Jun 2024 ini kelak akan mendapat sambutan yang baik dan dapat menambat hati penonton. #SAMArindokaidilfitriakybms #hutanhujantropika #rainforestfestivals #santubongfringe #festivalmuzikhutanhujansedunia

INVITATION AND CALL FOR PAPERS

KEPULAUAN: International Journal of Malay Archipelago Studies Volume 1 No. 03/ 2023. The Culture and Research Department of Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) has initiated the publication of the International Journal of Melayu Archipelago Studies, also known as “KEPULAUAN”, for publication once a year. This journal will cover various academic fields, especially to […]

ENSEMBLE MELAYU NUSANTARA X AMANAH KHAIRAT YAYASAN BUDAYA MELAYU SARAWAK

Julung kalinya Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) akan menghantar ENSEMBLE Melayu Nusantara di Rainforest World Music Festival 2024 dan mereka akan membuat persembahan pada 28 Jun 2024. Jom bersama-sama kita menjayakannya. #SAMArindokaidilfitriakybms #hutanhujantropika #rainforestfestivals #santubongfringe #festivalmuzikhutanhujansedunia

Majlis SAMArindok Aidilfitri AKYBMS 1445H/ 2024M

“SAMAberambeh”, “SAMAberinggo” dan “SAMAbadudun”. 7 Mei 2024 (Selasa): Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah SWT, kerana limpah Rahmat dan izin-Nya majlis SAMArindok Aidilfitri yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Turut hadir, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) […]

Majlis Bacaan Yassin

Majlis Bacaan Bulanan Pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) Tarikh: 3 Mei 2024 (Jumaat) Masa: 9.00 pagi Lokasi: Bilik Mesyuarat AKYBMS Majlis bacaan dipimpin oleh Encik Amirul Akbar bin Osman dan disertai seluruh kakitangan AKYBMS. Sebagai masyarakat Melayu Islam yang berkhidmat kepada masyarakat dan negara, amat penting untuk kita menjaga amanah dalam setiap […]