SUKMA 2024: Raptai Penuh Pembukaan Rasmi SUKMA XXI Sarawak 2024

SUKMA 2024: Raptai Penuh Pembukaan Rasmi SUKMA XXI Sarawak 2024 15 Ogos: Raptai penuh pembukaan rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 berjalan dengan lancar walaupun hujan membasahi Stadium Sarawak pada malam Khamis. Raptai hari keempat dan terakhir ini turut disaksikan oleh Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, […]

⚜️MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK WISMA MELAYU SARAWAK ⚜️

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK WISMA MELAYU SARAWAK 13 Ogos 2024 (Selasa): Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said telah meninjau tapak projek Wisma Melayu Sarawak untuk melihat sendiri perkembangan projek tersebut. Sejurus selepas lawatan, Mesyuarat Penyelarasan Projek Wisma Melayu Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat […]

Persiapan Acara Pembukaan SUKMA XXI di Sarawak: Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) Menyumbang Persembahan Berprestij

Persiapan Acara Pembukaan SUKMA XXI di Sarawak: Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) Menyumbang Persembahan Berprestij Kuching, Sarawak – 13 Ogos 2024 – Persiapan untuk Acara Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang akan berlangsung di Sarawak kini semakin memuncak. Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah dipilih sebagai wakil untuk persembahan pembukaan yang penuh […]

PENGALAMAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Nama: Cik Nur Najihah Najwa binti Sharkawi

Nama: Cik Nur Najihah Najwa binti Sharkawi Institutsi: ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) Latihan industri di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) pastinya memberikan pengalaman yang unik dan bermakna bagi saya. Saya telah belajar secara langsung tentang pelbagai aspek budaya dan warisan Melayu, khususnya di Sarawak seperti adat resam, seni tradisional, dan […]

⚜️ KUNJUNGAN HORMAT DARI MAX STAR RESOURCES SDN.BHD ⚜️

Selasa, 13 Ogos 2024–Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima satu kunjungan hormat daripada rombongan Max Star Resources Sdn. Bhd yang telah diketuai Dato Ali Ab Majid, Pengerusi Max Star Resources Sdn. Bhd, Tuan Haji Mubarak Ali, dan Puan Norazizah Romley, Ketua Pegawai Eksekutif. Kunjungan hormat telah dihadiri oleh YBhg. Datu Dr. Sanib […]

⚜️Persiapan Acara Pembukaan SUKMA XXI, Sarawak: Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) Menyumbang Persembahan Berprestij⚜️

Kuching, Sarawak – 12 Ogos 2024 – Persiapan untuk Acara Pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang akan diadakan di Sarawak semakin memuncak dengan kehadiran Amanah Khairat Yayasan Budaya Sarawak (AKYBMS) yang telah dihantar sebagai wakil untuk persembahan pembukaan. AKYBMS, yang terkenal dengan dedikasinya dalam mempromosikan dan memelihara warisan budaya Sarawak, akan menyertai persembahan yang penuh […]

⚜️ PENGALAMAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI ⚜️

Ibrahim Erfanshah bin Badroon, ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) Selama menjalani latihan industri selama tiga bulan di Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), saya telah mempelajari banyak perkara yang memberi impak besar terhadap kemahiran dan pengetahuan saya. Pada hari pertama, saya disambut mesra oleh kakitangan yayasan dan diberikan taklimat mengenai struktur organisasi, […]

LAWATAN KE BRUNEI DARUSSALAM

8 ogos 2024: YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan Encik Amirul Akbar bin Osman telah mengadakan kunjungan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja, Brunei dan Masjid Omar’ Ali Saifuddien. #Brunei #museum #museumstudies

Latihan Industri: AKYBMS

Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) ingin mengucapkan terima kasih kepada (2) pelajar dari ASWARA yang telah menjalankan latihan industri di sini selama sebulan. Semoga segala ilmu yang Encik Ibrahim Erfanshah dan Cik Najihah Najwa peroleh, dapat dipraktikkan dan menjadi asas pengetahuan apabila berada di luar sana. Semoga kita berjumpa lagi. #latihanindustri #aswaramelangkahkehadapanbersamatradisi

⚜️MAJLIS APRESIASI KAKITANGAN DAN PELATIH INDUSTRI AKYBMS⚜️

Majlis Apresiasi Khas untuk Encik Awangku Azizul bin Awangku Omar, Encik Ibrahim Erfanshah dan Cik Nur Najihah Najwa telah diadakan pada 2 Ogos 2024 (Jumaat) di restoran Parimpan, Kuching. Majlis yang diadakan secara sederhana dan bermakna ini telah dihadiri oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said serta Datin Fatimah Abdul Malik. Salam perpisahan […]