⚜️Sumbangan Khairat Kematian kepada Kakitangan AKYBMS⚜️

KUCHING, 29 November 2024 – Sumbangan Khairat Kematian bagi Allahyarham Hamdan bin Sapong, ayahanda kepada Encik Ahmad, seorang kakitangan Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS), telah disampaikan oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said merangkap Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak dan Pengerusi Koperasi AKYBMS (KOPAK YBMS) di pejabat AKYBMS. […]
⚜️Karnival Mini Seni Budaya “TokLah Kamek”@ IPGMKBL⚜️

29 November 2024– Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGMKBL) menganjurkan Karnival Mini Seni Budaya bertemakan “Tok Lah Kamek” pada 29 November 2024. Acara yang penuh warna-warni ini akan mempamerkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya Pameran Bengkel Seni, Sukan Rakyat, Jual Beli di gerai-gerai, serta Malam Citra Aspirasi Seni yang akan mempersembahkan bakat-bakat seni dari pelbagai […]
⚜️ KUNJUNGAN PENYELIDIKAN OLEH PELAJAR UNIMAS KE AKYBMS ⚜️

27 November 2024 (Rabu): Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah menerima kunjungan daripada saudara Afiq Zikri, seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada tugasan subjek teras beliau yang memfokuskan kepada budaya Melayu Sarawak. Dalam sesi ini, saudara Afiq telah mengadakan temu bual video bersama Unit Penyelidikan dan Media […]
⚜️Fiesta KJM Satok 5.0⚜️

Kejiranan Mesra Satok, dengan kerjasama pelbagai pihak, telah menganjurkan Fiesta KJM Satok 5.0 pada 23 hingga 24 November 2024. Program ini menyaksikan pelbagai acara menarik, antaranya adalah Pertandingan Memasak, Pertandingan Ratu Kebaya, serta Sukaneka atau Sukan Rakyat yang melibatkan penyertaan aktif masyarakat setempat. Fiesta ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat, serta […]
⚜️Program Pertukaran Pelajar dari Kementerian Pendidikan Singapura⚜️

Samarahan, 25 November 2024 – Program Pertukaran Pelajar anjuran Kementerian Pendidikan Singapura hari ini menyaksikan pembentangan sesi ketiga yang bertajuk Warisan dan Jati Diri Melayu Sarawak yang disampaikan oleh YBhg. Datu Dr. Sanib Said, Pengurus Besar Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Program yang diadakan di Auditorium Perpustakaan Tun Abdul Rahman Ya’kub (PeTARY), Universiti Malaysia […]
Mesyuarat Agung Dwitahunan Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) Kali Ke-10 Sesi 2024-2026

Kuching, 23 November 2024 – Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kali Ke-10 di Pusat Sumber Tun Openg, Kuching. Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli IGMS serta tetamu kehormat, bertujuan untuk membincangkan perancangan dan hala tuju pertubuhan bagi sesi 2024-2026. Dalam mesyuarat ini, pelbagai isu berkaitan pendidikan, pembangunan sosio-ekonomi, dan keperluan masyarakat […]
⚜️Content Management System @ Repositori Rekod Negeri, Pustaka Negeri Sarawak⚜️

22 November 2024 (Jumaat): Portal Sarawakiana ditubuhkan bertujuan untuk memudahkan pegawai kerajaan, penyelidik, dan orang awam untuk mencari, memperoleh, berkongsi, dan mengakses semua kandungan berkaitan Sarawak. Pengguna akan dapat menikmati kemudahan akses kepada pelbagai sumber dan maklumat yang berkaitan dengan warisan dan budaya Sarawak. Tujuan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Izaruddin bin Moss, Ketua Bahagian […]
⚜️Pameran Budaya dan Etnik Borneo 2024 ⚜️

Samarahan, 22 November – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan pameran untuk mempromosikan warisan budaya dan etnik yang terdapat di pulau Borneo. Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai kepelbagaian budaya di Borneo serta memperkukuhkan perpaduan antara kaum melalui aktiviti yang melibatkan interaksi antara pengunjung dan masyarakat setempat. Selain itu, program ini juga menjadi platform […]
Recce Tempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, Kuching

21 November 2024: Satu sesi recce telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia, Kuching, bagi mempersiapkan pelaksanaan program Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang yang akan dijalankan kelak. Tujuan recce ini adalah untuk menilai kemudahan, keadaan kawasan, serta memastikan semua aspek logistik dan keselamatan teratur sebelum acara dilaksanakan. Terima kasih kepada Puan Sabtuyah binti Chee, […]
Persediaan AKYBMS untuk Program Showcase Culture and Ethnicity 2024: SULAM

21 November 2024: Samarahan – Pihak Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah membuat persediaan sebelum menjalankan pameran dan persembahan tarian di Dewan Kristal, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada keesokan harinya. Semoga program SULAM (Service Learning Malaysia-University for Society) yang dijalankan dapat memberikan manfaat, ilmu pengetahuan, dan pengalaman kepada semua yang terlibat. Diharapkan kegiatan […]