Wawancara Sejarah RTM

Sebentar tadi, Sarawak FM di bawah RTM (Radio Televisyen Malaysia) telah hadir ke pejabat Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk menemubual Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said mengenai salah seorang tokoh penting dalam sejarah Sarawak iaitu Syarif Masahor.
Temubual ini diadakan bersempena Sambutan Hari Sarawak yang bakal tiba pada 22 Julai nanti dan mengetengahkan perjuangan serta sumbangan Syarif Masahor dalam memperjuangkan tanah air dan identiti bangsanya.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kisah penuh beliau di Sarawak FM tidak lama lagi!
Kami di AKYBMS juga akan berkongsi kandungan tersebut di platform kami sebaik sahaja ia disiarkan.

Kongsi berita ini