VIC Berambeh @ Pusat Maklumat Pelawat, Sarawak Tourism Board

21 Mei 2025 (Rabu) – Sarawak Tourism Board (STB) telah menjemput Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) untuk menyertai program VIC Berambeh yang diadakan di Pusat Maklumat Pelawat (Visitor Information Centre – VIC).
Program ini bertujuan untuk membina jaringan kerjasama serta mengukuhkan hubungan bersama pemegang taruh serantau dengan menyediakan maklumat terkini mengenai industri pelancongan di Sarawak. Di samping itu, ia turut menjadi ruang berinteraksi secara langsung bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas yang bermanfaat dalam usaha memperkasa pertumbuhan industri pelancongan negeri ini.
AKYBMS telah diwakili oleh Cik Zafirah binti Othman, Encik Mohd Harith bin Heykal, dan Encik Norazam bin Azni Shah dari Unit Penyelidikan dan Media, yang hadir bagi memperkenalkan peranan serta inisiatif AKYBMS melalui platform STB.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak STB atas jemputan dan layanan yang mesra sepanjang program. Kami juga berpeluang mendengar perkongsian yang bermakna daripada Sarawak Forestry, STB, dan rakan-rakan persatuan lain yang turut serta.
Satu pengalaman yang cukup bermanfaat dan membuka ruang untuk kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan! ✨

Kongsi berita ini