Unit Penyelidikan dan Media AKYBMS telah mengadakan kunjungan hormat ke Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sarawak.

Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka akses kepada bahan rakaman bersejarah (historical footage) yang berkaitan dengan warisan dan sejarah Melayu Sarawak, di samping membuka ruang perbincangan bagi potensi kerjasama strategik pada masa hadapan, khususnya dalam bidang dokumentasi, penyelidikan dan penerbitan kandungan warisan.
AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak FINAS menerima kunjungan ini serta komitmen yang ditunjukkan ke arah pemerkasaan khazanah sejarah dan budaya negara.

Kongsi berita ini