12 Jun 2025 (Khamis): Bagi menghargai jasa kakitangan AKYBMS, secara tradisinya pada mesyuarat bulanan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan akan menyediakan kek pulut kuning sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran kepada kakitangan yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran kepada kakitangan yang lahir pada bulan Jun:



Semoga dikurniakan usia dan kesihatan yang berpanjangan. Aamiin Allahumma Aamiin 

Majlis ini turut diserikan dengan majlis perpisahan buat dua pelatih industri yang telah banyak menyumbang tenaga dan idea sepanjang tempoh latihan mereka, iaitu Cik Azza Azreenas binti Azman dan Cik Fatin Nashira binti Faizal.
Pihak AKYBMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen dan semangat kerja yang ditunjukkan. Semoga segala pengalaman di sini menjadi bekalan berharga dalam melangkah ke alam kerjaya yang lebih mencabar.