Terima Kasih DBP Cawangan Sarawak

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak atas pemberian hadiah buku yang sangat bermakna iaitu:
✨ Hikayat Panglima Nikosa: Menelusuri Gagasan dan Pemikiran Ahmad Shawal Abdul Hamid
✨ Tradisi Lisan Toponimi: Asal Usul Nama Perkampungan Melayu di Kuching dan Samarahan
Menarik untuk dikongsikan, pada tahun ini manuskrip Hikayat Panglima Nikosa telah berusia 149 tahun, menjadikannya antara karya agung warisan kesusasteraan Melayu Sarawak yang wajar diraikan dan dihayati oleh masyarakat kita. Hikayat ini bukan sahaja merekodkan sejarah kepahlawanan, tetapi juga nilai budaya dan identiti bangsa yang perlu terus dipelihara untuk generasi akan datang.
Semoga sumbangan ilmiah ini dapat menambah khazanah pengetahuan warga kerja dan menguatkan usaha kita dalam memartabatkan warisan budaya dan bahasa Melayu di Sarawak.

Kongsi berita ini