Temu Bual Kajian Penyelidikan bersama Pelajar PhD Antropologi, UNIMAS

8 Mei 2025 (Khamis): Satu sesi temu bual bagi kajian penyelidikan yang bertajuk “Formulating a Sustainable Partnership Model for Urban Cultural Heritage Capital in Kuching, Sarawak” telah diadakan bersama Unit Penyelidikan dan Media, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Perbincangan Kumpulan Fokus dan Temu Bual Mendalam bagi mengenal pasti ciri-ciri pengurusan warisan budaya di bandar Kuching serta meneliti isu dan cabaran dalam pelaksanaan pengurusan warisan budaya di Kuching, Sarawak.

Pihak AKYBMS merakamkan penghargaan kepada pengkaji, Cik Siti Hafizah binti Suaidi, pelajar Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Antropologi (Pengajian Budaya) di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kerana memilih AKYBMS sebagai salah satu responden kajian. Turut hadir menjalankan pemantauan kajian (observation) ialah Cik Shazni binti Awang Samat, yang juga merupakan pelajar PhD UNIMAS.

Focus Group Discussion session with AKYBMS staff

Cik Siti Hafizah dijadualkan akan mengadakan sesi temu bual bersama sejarawan negeri Sarawak, Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, dalam masa terdekat. Semoga kajian ini mencapai kejayaan yang cemerlang. Allahumma aamiin.

Kongsi berita ini