
Dengan penuh rasa syukur dan bangga, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berjaya meraih Tempat Kedua bagi Kategori Swasta & NGO dalam Kuching Street Parade 2025.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli pasukan, para sukarelawan serta semua yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan ini. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama dan semangat cintakan budaya kita.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk kita terus mengangkat martabat budaya Melayu Sarawak di persada negeri dan negara 





