Tema Hari Guru bagi tahun 2023, “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani,” menekankan pentingnya peranan pendidik dalam membentuk generasi yang beradab dan bertanggungjawab.
Selain itu, tema ini mengetengahkan matlamat pendidikan yang lebih luas iaitu mewujudkan masyarakat yang harmoni, beradab dan berakhlak mulia.
Tema pada kali ini juga memfokuskan kepada “Kesediaan guru mendukung aspirasi Falsafah Pendidikan Guru dengan memberi penekanan kepada:
1.Jati Diri dan Kenegaraan
2.Roh dan Jiwa Guru
3.Pengetahuan dan Kemahiran
Dalam konteks tema ini, “Guru Insani” merujuk kepada guru yang bukan sahaja menumpukan kepada aspek akademik, malah turut memberi perhatian kepada pembangunan murid secara menyeluruh. Para pendidik diharapkan tidak hanya mengajar bahan pelajaran, tetapi juga mengembangkan karakter, etika, dan moral tingkah laku pelajar.
“Pemangkin Generasi Madani” menggambarkan peranan guru sebagai agen perubahan yang mendorong pembentukan generasi Madani. Generasi Madani merujuk kepada generasi yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang selaras dengan nilai-nilai Islam dan prinsip kemanusiaan.
Dengan tema ini, diharapkan peranan guru sebagai pendidik tidak hanya tertumpu kepada pemindahan ilmu, tetapi juga melibatkan pembinaan sahsiah dan kecerdasan emosi pelajar.
Guru juga diharapkan dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif, memudahkan kerjasama, menggalakkan kerjasama, dan mengembangkan pemikiran kritis dan kreativiti pelajar.
Tema Hari Guru ini menekankan keperluan pembangunan guru yang berterusan bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan memberi impak positif kepada generasi akan datang.
Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh dunia. Semoga terus memberi inspirasi dan membantu membentuk generasi yang bijak, berdaya saing dan bertanggungjawab. Aamiin Allahumma Aamiin.