T-Shirt Baharu, Semangat Baharu: SAMAsedia 2025 Bakal Dilaksana

20 Mei 2025 (Selasa): Satu pertemuan telah diadakan antara Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS, bersama pihak Susoul Sdn. Bhd. dan AKYBMS bertempat di Pejabat AKYBMS, Jalan Rodway, bagi membincangkan pelaksanaan Program SAMAsedia 2025 yang bakal dikendalikan di bawah Unit Pendidikan, Agama dan Sosial.
Pihak Susoul Sdn. Bhd. diwakili oleh Encik Sulhie bin Salleh (Usu), Puan Haslinda binti Haji Azmi, dan Encik Mohd Haziq Aiman bin Sulhie. Turut hadir bagi pihak AKYBMS ialah Encik Amirul Rashid bin Abdullah, Ketua Bahagian Program, dan Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari, Ketua Unit Pendidikan, Agama dan Sosial.
Majlis turut diserikan dengan penyerahan rasmi t-shirt edisi baharu Program SAMAsedia 2025 kepada Yang Berbahagia Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said sebagai simbolik komitmen bersama dalam menjayakan program tersebut.

Kongsi berita ini