SUKMA 2024: Raptai Penuh Pembukaan Rasmi SUKMA XXI Sarawak 2024

SUKMA 2024: Raptai Penuh Pembukaan Rasmi SUKMA XXI Sarawak 2024
15 Ogos: Raptai penuh pembukaan rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 berjalan dengan lancar walaupun hujan membasahi Stadium Sarawak pada malam Khamis.
Raptai hari keempat dan terakhir ini turut disaksikan oleh Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.

Kongsi berita ini