Menampilkan pelbagai aktiviti, perkongsian ilmu, dan sesi interaksi bersama para belia N.41 Kuala Rajang.
Program SAMAsedia 2025 anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah berlangsung dari 18 hingga 20 Julai 2025 bertempat di Dewan Masyarakat Belawai.
Siri ketiga program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang belia dari kawasan N.41 Kuala Rajang. Program selama tiga hari ini bertujuan untuk membina jati diri belia serta mempersiapkan mereka sebagai generasi pelapis yang berwibawa dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran era globalisasi.
Selain itu, SAMAsedia 2025 juga memberi fokus kepada usaha memupuk jati diri belia sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Diharapkan penganjuran SAMAsedia 2025 ini dapat mencapai objektif utamanya dalam melahirkan pemimpin-pemimpin baharu daripada kalangan belia yang berkarisma, berwawasan, dan mampu memacu pembangunan negeri pada masa hadapan.