SIMBOLIK PELANCARAN PROGRAM IHYA RAMADAN AKYBMS 1443H

Kuching, 12 April – Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan acara Simbolik Pelancaran (Flag-off) Program Ihya Ramadan AKYBMS 1443H bertempat di perkarangan masuk Wisma Sumber Alam, Petra Jaya.
Acara ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd. Naroden bin Haji Majais yang mewakili YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) AKYBMS.
Acara flag off sebagai simbolik pelancaran
Datuk Haji Mohd. Naroden yang juga merupakan Timbalan Pengerusi LPA AKYBMS secara simbolik telah mengibarkan bendera Sarawak sekali gus menyaksikan perarakan mini kenderaan yang turut membawa sebahagian sumbangan berupa makanan asas dan beras (bakul makanan) yang akan diagihkan kepada asnaf di kawasan sasaran.
Kawasan dan kampung yang terlibat dalam acara tahunan AKYBMS pada tahun ini adalah seperti berikut:
Siri 1: 12 April 2022
Kampung Tanah Puteh, Serian
Kampung Sorak Melayu, Serian
Kampung Hilir, Serian
Siri 2: 13 April 2022
Kampung Gumpey
Kampung Sebangan Sampat
Kampung Tebelu
Siri 3: 14 April 2022
Maahad Tahfiz Raudhatul Jannah, Kampung Selang Ulu, Kuching
Masjid Darul Ibadah, RPR Batu Kawa Fasa 1, Kuching
Gambar kenang-kenangan selepas tamat acara pelancaran
Turut hadir bersama dalam acara ini ialah YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS serta kakitangan AKYBMS.

Kongsi berita ini