Februari 2025 (Khamis), Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datu Haji Abang Mohd Shibli Bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), di Ibu Pejabat TBS. Delegasi AKYBMS telah dipimpin oleh YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said, Pengurus Besar AKYBMS.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mendengar pandangan serta keperluan program yang berkaitan
dengan komuniti AKYBMS, sambil menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan
berterusan daripada TBS. Dalam program kunjungan ini, YBhg. Datu Dr. Haji Sanib bin Haji Said
turut berinteraksi dengan YB Datu Haji Abang Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie
dan
menjelaskan inisiatif serta projek yang berkaitan dengan pendidikan dan keagamaan di Sarawak.
Turut hadir dalam perbincangan ini,
Encik Wan Mohd Irfan bin Wan Zamhari dan Encik Amirul Rashid bin Abdullah.